Jumaat, 4 Mac 2011

RFC Kuala Terengganu






RFC (Radix Fried Chicken) terletak di belakang Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. telah mula beroperasi sejak 2 Disember 2010. Sekarang kita ada pilihan selain KFC dan McD.

Selasa, 30 November 2010

Muzium Kuala Terengganu





Cuti sekolah, ke Muzium Negeri Terenganu. Tengok-tengok bahan sejarah. Kebetulan ada Pameran Ular Berbisa. Sempat juga bergambar dengan ular tedung selar (King Cobra). Besarnya takyah nak cerita. Pegang pun campur takut juga sebenarnya. Walaupun jinak tapi kena berjaga-jaga juga sebab binatang kita tak tahu bila dia nak marah. Silap-silap haribulan dia ngap, ke hospital la jawabnya.

Pantai Jambu Bongkok

Tengok mata kucing. Stim kena gosok
Tengok mata Irsyad. Stim dapat gosok kucing
Cuti sekolah bawa anak jalan-jalan ke pantai Jambu Bongkok dekat Rantau Abang selepas menghadiri majlis perkahwinan anak sepupu isteri di Dungun.

Ahad, 14 Februari 2010

Irfan Dan Papan Luncur



Bila besar nanti boleh lah Irfan main papan luncur ni. Foto diambil di Pantai Chendering, Kuala Terengganu sempena Hari Jadi ke 6.

Isnin, 8 Februari 2010

Dah Besar Anak Ku



Tup tup tup umurnya dah 1 tahun 5 bulan........ Dah besar anak ku yang ke-6. Walaupun belum pandai bercakap, tapi kalau beri arahan dia boleh faham.

Boeing 747 Mendarat Di LT Sultan Mahmud




Setahun sekali baru dapat tengok Boeing 747 mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu membawa jemaah haji terus ke Jeddah, Arab Saudi. Mulai tahun 2008 sebahagian besar jemaah haji yang datang dari Negeri Terengganu dan Kelantan tidak perlu lagi pergi ke KLIA untuk ke Tanah Suci. Dengan kemudahan yang disediakan di LT Sultan Mahmud ini, masa dan kos dapat dijimatkan.

Rabu, 2 Disember 2009

Banjir Oh Banjir


Bila musim banjir ni bukan orang je kena pindah. Kerbau pun kena jugak. Maklumlah kawasan ragutannya dah tenggelam.