Rabu, 2 Disember 2009
Banjir Oh Banjir
Bila musim banjir ni bukan orang je kena pindah. Kerbau pun kena jugak. Maklumlah kawasan ragutannya dah tenggelam.
Korban Hari Raya Haji 1430H (2009)
Selasa, 10 November 2009
KUDA SOKMO KEMBALI
Sabtu, 31 Oktober 2009
Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut ..
Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar. Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot - otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesehatan. New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer. Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan. Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki. Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan. Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP. DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar. Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru. Mengapa pulmonari embolisme terjadi? Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme. Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku. Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ¡rapuh¢ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru. Simptom Cegahan Rawatan Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya) Sumber : FWD Mail "Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." (Dipetik daripada Forum myMasjid) |
Sabtu, 24 Oktober 2009
SEJADAH SEMBAHYANG
Isnin, 19 Oktober 2009
Selamat Hari Lahir
Selasa, 13 Oktober 2009
KURSUS mySQL
Kursus mySQL telah diadakan di SK Seri Budiman 2, Kuala Terengganu bermula 11 Oktober 2009 sehingga 13 Oktober 2009. Seramai 30 orang guru Daerah Kuala Terengganu mengikuti kursus tersebut. Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada PKG Bukit Besar dan kepada Tok Guru kami En. Anuar bin Ishak dari SK Sungai Tong yang sudi melayan kerenah kami. Banyak ilmu yang kami dapat. Semoga Allah membalas jasa tuan guru.
Sabtu, 10 Oktober 2009
Akbar Hj Azmi- Selamat Pengantin Baru
Ahad, 13 September 2009
IFTAR BERSAMA DIGI
Pada hari Jumaat, 11 September 2009, Syarikat telekomunikasi DIGI telah mengadakan majlis berbuka puasa (Iftar) di Masjid Jamek Pengadang Baru bersama anak-anak yatim. Sempena dengan majlis tersebut pihak DIGI menyumbangkan sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim dari kampung sekitar Pengadang Baru.
Khamis, 3 September 2009
Imam Masjid Gaza, Palestin
Baru-baru pada 29.8.2009 Imam Mohd Tayseer Al-Hafiz, Imam Masjid Gaza, Palestin telah menyampaikan kuliah Subuh di Masjid Jamek Pengadang Baru. Dalam kuliah tersebut beliau banyak menekankan supaya umat Islam bersatu. Tuan Imam juga menceritakan tentang kekejaman Yahudi ke atas penduduk Palestin yang tidak diceritakan dalam media massa.
SETIA MENUNGGU
Pemandangan yang biasa dilihat terutama di kawasan sawah padi atau berpaya, kehadiran burung-burung bangau kecil (Little Egret) (Egretta garzetta). Burung penghijrah ini dapat dilihat dengan banyaknya terutama bulan Oktober hingga bulan Mac setiap tahun. Mereka ini datang dari Siberia, kerana di sana mengalami musim sejuk.
Ahad, 30 Ogos 2009
MASJID KRISTAL
Masjid Kristal yang terletak di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, Kuala Terengganu memang tidak asing lagi kepada rakyat Malaysia lebih-lebih lagi rakyat Negeri Terengganu. Sementara berbuka puasa ni sempatlah bawa anak-anak berjalan-jalan di sekitar Masjid Kristal. Makulumlah, nak bagi anak enjoy sikit, tak rasa lapar sangat sebab berpuasa.
Jumaat, 28 Ogos 2009
Derma Darah
Program derma darah anjuran Hospital Nur Zahirah Kuala Terengganu telah diadakan di Masjid Jamek Pengadang Baru, Kuala Terengganu pada 28.8.2009 (7 Ramadhan 1430 H) , Jumaat, selepas Solat Terawih. Ramai juga yang datang derma. Jadi bulan puasa ni bukan derma duit, derma beras je ada, derma darah pun ada. Maklumlah bulan ni digalakkan bersedekah.
Selain daripada menjadi tempat solat, masjid ini juga aktif dengan berbagai-bagai aktiviti. Boleh dikatakan tiap-tiap hari adanya aktiviti seperti kuliah subuh, kuliah lepas Maghrib, ceramah-ceramah, kelas Fardu Ain untuk kanak-kanak dan dewasa, street soccer untuk pemuda-pemuda dan lain-lain. Kalau di bulan Ramadhan sampai penuh masjid dikunjungi ahli jemaah untuk bersolat Terawih.