Ahad, 24 Ogos 2008

Gambar Zaman Sekolah Darjah 2, 1973

Kenangan 35 tahun yang lalu. Kelas 2A. Sekarang ni ramai dah tak berjumpa. Hanya dengar-dengar cerita je. Ada yang jadi Majistret (M. Bakri), pengurus, pensyarah UDM (KUSZA) (Ustaz Mahadi), polis, ustaz (Ustaz Yusuf, Ustaz Basri), guru, kontraktor, pengedar buku (En Adnan). Yang lain-lain tu tak dengar cerita.....Agaknya bila la boleh berkumpul sekali kat sekolah lama. Tubuh Alumni. Eloknya kalau boleh buat lepas Raya Puasa ni.

Ahad, 10 Ogos 2008

Kuetiaw Goreng



Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )
1 bungkus kuey tiaw
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4-5 biji cili padi
segenggam kecil udang kering
5-6 ekor udang sederhana besar @ isi ayam @ kerang
3-4 sudu makan cili giling
3-4 sudu makan kicap cair
2-3 batang sawi
1/2 batang cili merah
1 biji tomato
segenggam kecil tauge
garam secukup rasa
*bahan opsyenal*
bebola ikan / kek ikan
Cara-cara
Tumbukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan udang kering...Sawi dipotong, cili merah dihiris dan tomato dipotong enam...Kek ikan dihiris nipis memanjang...
Panaskan minyak...Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk...Masukkan cili giling...Kemudian, masukkan udang @ isi ayam @ kerang...
Masukkan kicap cair...Masukkan sawi, cili merah dan tomato...Kacau rata-rata...Masukkan bahan opsyenal kalau suka...Kemudian, masukkan kuey tiaw...Akhir sekali, masukkan tauge... Bubuh garam secukup rasa...Sedia untuk dihidangkan

Mihun Goreng Tomyam



Bahan-bahan ( 7 org makan )
1 bungkus mihun - rendam, bila lembut, toskan
300gm udang
200gm isi ayam
3 ulas bawang putih - diketuk
5 ulas bawang merah - dikisar
2 batang serai - diketuk sedikit
2 kiub perencah tomyam (maggi/knorr)
cili api - bagi yg mahukan lebih rasa pedas
1 biji telur
3 helai daun limau purut - dicarik2kan
sayur kobis - di potong pjg (halus)
carrot - dipotong pjg (spt btg mancis)
2 biji tomato - dihiris nipis2
1 mangkuk air - jika ingin mi basah lebihkan sukatan air
daun saderi
Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau.
Masukkan pula bawang merah yg telah dikisar dan perencah tomyam. Goreng sehingga pecah minyak.
Masukkan udang dan gorenglah sekejap baru masukkan telur
Masukkan air, garam dan gula secukup rasa. Untuk mendapatkan rasa yg lebih sedap bolehlah dibuat stok udang dengan merebus kepala dan kulit udang yg telah dibersihkan. Masak hingga mendidih dan masukkan sayur2an (kobis, carrot dan tomato yg telah dipotong) Masukkan juga daun limau purut yg telah dicarik2kan
Bila sayuran dah agak lembut, masukkan mihun tadi dan goreng hingga ramuan sebati dan mi menjadi lembut (Jika ingin mi yg basah lebihkan air/stok udang)
Hidangkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan daun saderi yg telah dihiris halus

Nasi Goreng Salmon Pattaya


Bahan-bahan ( 2~3 orang )
@sedikit brocolli - dipotong
@sedikit bayam - dipotong
@sedikit lobak merah - dihiris
@seulas bawang putih - dihiris
1 pot nasi
1/2 sudu besar cili kisar
1 ulas bawang - cincang
bawang besar - potong dadu
1 keping ikan salmon
2 biji telur
garam
susu
minyak masak
Cara-cara
masak sayur : panaskan sedikit minyak dan masukkan semua bahan yg bertanda @. masak hingga sayur sedikit layu. ketepikan.
tumis cili kisar, bawang besar dan bawang kecil.
bila dah naik bau, masukkan ikan salmon yg dah dipotong kecil. gaul hingga rata atau ikan masak.
masukkan nasi dan garam. gaul rata.
masukkan sayur yg dah dimasak tadi. gaul rata. ketepikan.
pukul telur dengan sedikit susu dan garam. kemudian, masakkan seperti telur dadar guna api kecil.
pusing-pusingkan kuali supaya telur jadi bulatan besar.
masukkan 1~1 setengah senduk nasi di tengah2 telur dan lipat telur. tutup api.
terbalikkan pinggan atas kuali dan terbalikkan kuali supaya nasi terletak atas pinggan. letak sos cili atasnya.
ulang langkah 6~9 untuk baki nasi.
(* saya guna beras genmai, so warna dia coklat sket. kalau guna beras biasa pun ok je.)

Nasi Goreng Yangzou


Bahan-bahan ( 3 orang )
2-3 cawan nasi
3 ulas bawang putih-dicincang
4 sudu besar mixed vege
150gm isi ayam-potong dadu
10 ekor udang sederhana-dibuang kulit
2 biji telur-dipukul sket
minyak masak secukupnya
minyak bijan
garam dan serbuk pepper
1 batang daun bawang-dipotong2
1 biji cili-dipotong2
Cara-cara
panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi.
masukkan sayur campur, ayam dan udang, kacau hingga masak.
masukkan pula nasi, kacau rata. tambahkan minyak bijan, pepper, garam dan telur. gaul hingga rata dan masak.
hiaskan dengan daun bawang dan cili. hidangkan bersama cili api potong bersama kicap cair jika suka

Mi Bakso

Bahan-bahan ( beberapa orang )
untuk sup:-tulang lembu
daging lembu
bebola daging
lengkuas
serai
halia
untuk bawang goreng:-bawang merah
gula secukup rasa
untuk sambal:- cili hijau
sedikit air
Cara-cara
Rebus tulang dengan lengkuas,halia dan serai selama 3 jam
Masukkan minyak ke dalam kuali.masukkan bawang merah yang dah digaul dengan gula.Goreng bawang sampai garing.
Blenderkan cili hijau dengan sedikit air.
Masukkan mihun ke dalam sup bakso. Taburkan bawang goreng

Ahad, 3 Ogos 2008

Veggie Spaghetti

IngredientsServing size :1
Spaghetti, cooked
1 handful (about 4 tablespoon) of mix vegetables (peas, corn, carrot)
3 pieces of shitake mushroom, slice
3 cherry tomato, slice
3 cloves of garlic, mince
1 chilli padi (optional), seedless and slice
2 teaspoon of olive oil
Salt
Black pepper
Directions
Preheat the skillet over a medium heat. Add the olive oil and sauté the garlic until it is translucent.
Add the mix vegetables, shitake, tomato and chilli into the skillet and sauté for 2 minutes. Add a little bit of salt for seasoning
Pour in about 50 ml of water into the skillet and let it cook for another 2 minutes before adding the spaghetti. Mix the spaghetti well with the rest of the ingredient.
Before serving, you can add additional salt and pepper.

RPH 1(Masakan)

Mata pelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu
Kelas
:
2 B1
Tarikh
:

Tajuk
:
Masakan
Sub Topik
:
Penyediaan dan Penyajian Hidangan
Bidang Pembelajaran
:
Teras : Reka Bentuk dan Teknologi
Hasil Pembelajaran
:
Diakhir proses p&p diharapkan pelajar dapat:
1. menyatakan makna hidangan sepinggan lengkap
2. menyatakan sekurang-kurangnya 5 contoh makanan hidangan sepinggan lengkap cara timur, barat dan makanan budaya setempat.

Masa
:
70 minit
Pengetahuan Sedia Ada
:
Mengetahui jenis-jenis makanan yang biasa dimakan atau tidak.Mengetahui penggunaan MsWord dan MsPowerPoint semasa di Tingkatan 1 subjek ICT.
Penerapan Nilai
:
Mengetahui kepelbagaian masakan yang terdapat di dunia ini dan cara penyediaannya
BBM
:
MP3 lagu CINTA SATAY, perisian MsPowerpoint dan MsWord.
Pendekatan

Pembelajaran Berpusatkan Murid.
Pembelajaran Berbantukan teknologi.
Pembelajaran Berasaskan otak.
Pembelajaran Berfikrah.






Langkah
Kandungan
Aktiviti P&P
Elemen Bestari
Set Induksi
(5 minit)
Pengenalan kepada Lagu Satay.
Guru memainkan lagu CINTA SATAY nyanyian kumpulan Senario.
Guru meminta murid mencari nama dan penyanyi lagu tersebut daripada internet.

Muzikal

TMK
Langkah 1
(10 minit)
Penerangan tentang projek ’ Penyediaan dan Penyajian Makanan’.
Guru menjuruskan pemikiran murid ke arah tajuk melalui teknik penyoalan :Cth :
Apa yang anda tahu tentang SATAY?
Bagaimana cara menyediakan satay?
Guru menerangkan didalam projek ini pelajar memainkan peranan sebagai Chef. Tugas mereka adalah untuk menyedarkan orang ramai kepentingan menjaga kesihatan diri dan keluarga dengan menyediakan makanan yang mempunyai nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan untuk membekalkan tenaga, membantu pertumbuhan, memperbaiki tisu-tisu yang rosak dan sebagainya.




KG: Penyoalan





SP: Konteks Luar
Langkah 2
(20 minit)
Perbincangan Makna Hidangan Sepinggan Lengkap
Guru memulakan perbincangan dengan menggunakan MsPowerPoint pengertian Hidangan Sepinggan Lengkap dan menayangkan movie.Soalan : Berpandukan movie tersebut sila senaraikan makanan yang ditayangkan dan tandakan makanan yang termasuk dalam hidangan sepinggan lengkap.
Perbincangan secara kelas dimana guru meminta pelajar menulis jawapan tersebut menggunakan MsWord.

TMK






KG: Penyoalan




KG: TMK
Langkah 3
(30 minit)
Perbincangan Tentang Penyediaan dan Penyajian Makanan
Guru menerang kan kepada murid tentang tugasan pertama.Pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan.
Kumpulan 1 ditugaskan mencari resipi berkaitan Hidangan Sepinggan Lengkap Cara Timur. Kumpulan 2 ditugaskan mencari resipi Hidangan Sepinggan Lengkap Cara Barat, dan Kumpulan 3 mencari resipi Hidangan Sepinggan Lengkap Budaya Setempat.Resipi yang diperolehi dipindahkan ke dalam MsWord menggunakan kaedah ”copy and paste”dan disimpan di dalam folder kumpulan masing-masing.
Setiap kumpulan menyediakan persembahan powerpoint mengenai hidangan sepinggan lengkap. Kandungan persembahan powerpoint dimulakan dengan menyenaraikan resipi-resipi yang diperolehi. Kemudian memilih salah satu resipi untuk menerangkan bahan-bahan dan kaedah penyediaan masakan tersebut. Pelajar hendaklah berbincang dengan guru tentang pemilihan resipi yang bersesuaian.
Untuk menjimatkan masa, 2 orang pelajar akan menyediakan MsPowerPoint dan empat orang akan mencari resipi.
Guru menyediakan fail sokongan untuk rujukan murid jika ada masalah capaian internet.





CP: Koperatif










KG:TMK







KG:TMK












CP: Koperatif
Penutup
(5 minit)
Rumusan P&P
Guru menyemak hasil kerja bersama pelajar.

Guru mengarahkan pelajar menyimpan hasil kerja di dalam folder masing-masing.
KG: Kemahiran Mentaksir dan Menilai.
KG: TMK

Cubaan Pertama

Hari ini 3.8.2008 pukul 12.20 tengahari, merupakan hari bersejarah saya dapat membina blogspot sendiri.
TQ Pensyarah IPSMB yang telah mengajar cara membuat blog.
Semoga diberkati ALLAH selalu.