Sabtu, 11 Oktober 2008

Tangkap Biawak

Seekor biawak telah masuk ke dalam rumah abang. Bomba terpaksa dipanggil kerana ia bersembunyi dibelakang mesin basuh tak mahu keluar.

Jumaat, 10 Oktober 2008

Ketahuilah Wanita

Lelaki Teransang 30 Kali Sehari


Oleh bumihijaukuning


1.
Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.


2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai
jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai
kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi
bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. Ada perempuan bertudung,
‘merendek’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8. Ramai perempuan suka pakai
kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.


Syahwat Lelaki

Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.

Ini kerana perempuan dan lelaki
tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki
mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari
. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal.
Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.

Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.

Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama.
HENDAK SERIBU DAYA..TAKNAK SERIBU DALIH.....

PANDAI-PANDAI LAH NANTI MENJAWAB DAN BERDALIH DIHADAPAN ALLAH....Tak takut ker???

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah. Tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi
tidak menutup bahagian sensitif.

Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang...Lelaki buaya darat...Lelaki mengganggu..Lelaki sexual harashment.....Sape suruh buat-buat suara manja?? Sape suruh ??? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai??? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel....Sape yang cakap tu?? :#)

wallahua'lam


(Dipetik dari Tranungkite.net)

SELAMAT PENGANTIN BARU

Selamat Pengantin Baru semoga kekal ke alam akhirat kepada Armila dan Razlan. Armila (masa kecik-kecik panggil Kak Salmah) merupakan anak saudara pertama yang berkahwin. Ayah Su sekeluarga doakan agar berbahagia dan berada di dalam rahmat Allah sentiasa. Semoga rumah tangga yang dibina melahirkan anak-anak yang soleh hendaknya. Amin.
Yang pakai tudung merah tu dah berpunya ke belum? Agak-agaknya sapa dia ni.

Gotong Royong



Semangat gotong royong yang ditunjukkan oleh penduduk Kg Binjai Bongkok, Bukit Payong boleh dibanggakan. Kira-kira 50 orang kampung memberi kerja sama menyiapkan jamuan perkahwinan anak saudara. Apa yang menarik dua ekor kerbau disembelih lebih kurang pukul 6.30 pagi. Kemudian terus dipotong untuk dimasak gulai. Cara mereka potong pun mudah tak susah. Daging disangkut pada paku yang dipasang pada papan panjang. Masing-masing duduk di kerusi je untuk potong daging. Dengan kehadiran yang ramai tidak sampai 3 jam semua sudah beres. Pukul 11.00 pagi sudah boleh dimakan. Kalau dulu-dulu seingat saya, esok nak diadakan kenduri malam tu dah disembelih lembu atau kerbau. Lepas siap dipotong, besok pagi barulah dibasuh dan dimasak.
Kaedah yang dilakukan oleh penduduk Kg Binjai Bongkok boleh dijadikan contoh. Bagaimana mereka boleh lakukan dengan cepat. Begini caranya. Apabila daging siap dipotong lebih kurang satu bakul, mereka terus basuh dan masak dahulu. Jadi tidak perlu tunggu sehingga habis semua dipotong. Jadi mereka masak sikit-sikit. Dengan cara ini daging sentiasa dalam keadaan panas. Kalau orang datang lewat pun masih dapat makan daging panas. Semoga adat bergotong royong ini dapat dipraktikkan dalam masyarakat kita.

Suasana Romantik


Rumah terbuka di rumah abang terpaksa menggunakan lilin kerana tiba-tiba je lebih kurang pukul 8.30 malam blackout. Menurut cerita kabel berdekatan dengan rumahnya terbakar. Mungkin overload agaknya. Jadi tetamu yang datang terpaksalah makan dibawah kilauan cahaya lilin. Agak romantik jugaklah. Maklumlah makan dalam gelap. Agak-agaknya ada yang tersalah ambik makanan. Kalau dah tersilap ambik ke apa ke, hentam sajalah.

Sahabat Lama

Pertemuan sahabat lama di rumah abang sempena rumah terbuka. Mereka ni pernah belajar di UKM Sabah tak silap tahun 1981. Bermakna dah 27 tahun sudah berlalu, tetapi mereka masih bersama walaupun profesion berbeza. Tepi sebelah kiri En. Suhaimi bekerja dengan Syarikat Air Terengganu (SATU), Tn. Hj. Maarof bekerja dengan MTD yang sekarang ini sedang rancak menyiapkan Lebuh Raya Pantai Timur dan abang aku bekerja dengan Qatar Petroleum. Apabila ada sambutan hari raya beginilah baru ada peluang untuk bertemu.

Khamis, 2 Oktober 2008

Keluarga Ku

Hari ini 2 Syawal 1429 (2 Oktober 2008) merupakan hari bersejarah kerana semua ahli keluargaku seramai 46 orang dapat berkumpul di rumah kakak. Kebetulan kakak membuat open house. Selepas makan nasi dagang diadakan sesi penggambaran lebih kurang pukul 10.00 pagi. Cuba cari siapakah agaknya yang paling serius dan siapa yang paling ganjil selain aku.

Rabu, 1 Oktober 2008

Bandingkan


Bandingkan kedua-dua gambar di atas. Gambar hitam putih diambil pada Hari Raya Aidil Fitri 1969 bersama abang ketika ini aku berusia 4 tahun. Gambar bawah ialah anak-anak ku diambil pada Hari Raya Aidil Fitri 2008. Seorang berumur 4 tahun dan 2 tahun (anak ke 4 dan ke 5).

Malam Raya Idil Fitri 1429 (2008)















Biasanya kalau besok raya, ada je macam-macam barang yang tak cukup. Baju Melayu butang belum beli lagi. Kadang-kadang gula, teh, garam, halia, lengkuas terlupa beli. Biasanya benda-benda kecil yang kurang diberi perhatian.
Begitu juga dengan anak saudara ku ini, dah lah waktu malam hujan pulak, terpaksa pula ambik serai. Agaknya nak buat rendang terlupa nak ambik waktu siang hari. Kesian...