Rabu, 2 Disember 2009

Banjir Oh Banjir


Bila musim banjir ni bukan orang je kena pindah. Kerbau pun kena jugak. Maklumlah kawasan ragutannya dah tenggelam.

Korban Hari Raya Haji 1430H (2009)







Alhamdulillah. Tahun ni dapatlah juga kami sekeluarga melakukan ibadat korban. Semoga Allah terima korban kami.

Selasa, 10 November 2009

KUDA SOKMO KEMBALI













Tahun ni merupakan tahun ke 2 diadakan Kuda Sokmo. Tapi tempatnya berbeza. Tahun lepas diadakan di TER (Terengganu Equestrian Resort) Kuala Ibai. Tahun ini diadakan di Terengganu International Endurance Park di Lembah Bidong, Merang, Setiu pada 6 - 8 November 2009.

Sabtu, 31 Oktober 2009

Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut ..



Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.

Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot - otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesehatan.

New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.

DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.

Mengapa pulmonari embolisme terjadi?

Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.

Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ¡rapuh¢ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.

Simptom
Cepat penat
Mengah
Sakit dada
Denyutan nadi laju
Lemah di bahagian kaki
Kurang selera makan
Batuk
Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.

Cegahan
1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
3. Elakkan meminum airbatu
4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenam

Rawatan
Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru.

Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya)

Sumber : FWD Mail

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

(Dipetik daripada Forum myMasjid)

Sabtu, 24 Oktober 2009

SEJADAH SEMBAHYANG

Di akhir-akhir ini heboh tentang cerita sejadah sembahyang. Tebaru di sebuah sekolah rendah di Negeri Kelantan. Maka hebohlah satu Malaysia. Samada betul atau tidak wallahua'lam. Tapi ini saya ambil di rumah mertua. Anak aku baru darjah 3 dah boleh buat sejadah sembahyang tak sampai 5 saat. Jadi sama-samalah kita fikirkan.

Isnin, 19 Oktober 2009

Selamat Hari Lahir





Selamat hari jadi kepada Kak Ati yang ke 11 dan Kak Ami yang ke 7. Selalunya makan kek kak pantai. Tahun ni pilih Pantai Chendering. Memandangkan perbezaan hari jadi mereka hanya satu hari, jadi sambut hari jadi pun buat bersama. Hari jadi Kak Ati jatuh pada 17 Oktober dan Kak Ami pada 16 Oktober.

Selasa, 13 Oktober 2009

KURSUS mySQL






Kursus mySQL telah diadakan di SK Seri Budiman 2, Kuala Terengganu bermula 11 Oktober 2009 sehingga 13 Oktober 2009. Seramai 30 orang guru Daerah Kuala Terengganu mengikuti kursus tersebut. Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada PKG Bukit Besar dan kepada Tok Guru kami En. Anuar bin Ishak dari SK Sungai Tong yang sudi melayan kerenah kami. Banyak ilmu yang kami dapat. Semoga Allah membalas jasa tuan guru.

Sabtu, 10 Oktober 2009

Akbar Hj Azmi- Selamat Pengantin Baru


Selamat Pengantin Baru Abang Din ucapkan kepada Adik Bar (Akbar bekas ahli Kumpulan Brothers) dan Nurliyana Mohd Fadzil yang selamat diijab kabul pada hari Jumaat (9.10.2009) di Masjid Kristal. Semoga perkahwinan ini diberkati dan diredhai Allah.

Ahad, 13 September 2009

IFTAR BERSAMA DIGI





Pada hari Jumaat, 11 September 2009, Syarikat telekomunikasi DIGI telah mengadakan majlis berbuka puasa (Iftar) di Masjid Jamek Pengadang Baru bersama anak-anak yatim. Sempena dengan majlis tersebut pihak DIGI menyumbangkan sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim dari kampung sekitar Pengadang Baru.

Khamis, 3 September 2009

Imam Masjid Gaza, Palestin

(Imam Mohd Tayseer Al-Hafiz bersama Ustaz Zakaria Ismail)

Baru-baru pada 29.8.2009 Imam Mohd Tayseer Al-Hafiz, Imam Masjid Gaza, Palestin telah menyampaikan kuliah Subuh di Masjid Jamek Pengadang Baru. Dalam kuliah tersebut beliau banyak menekankan supaya umat Islam bersatu. Tuan Imam juga menceritakan tentang kekejaman Yahudi ke atas penduduk Palestin yang tidak diceritakan dalam media massa.

SETIA MENUNGGU


Pemandangan yang biasa dilihat terutama di kawasan sawah padi atau berpaya, kehadiran burung-burung bangau kecil (Little Egret) (Egretta garzetta). Burung penghijrah ini dapat dilihat dengan banyaknya terutama bulan Oktober hingga bulan Mac setiap tahun. Mereka ini datang dari Siberia, kerana di sana mengalami musim sejuk.

Ahad, 30 Ogos 2009

MASJID KRISTAL






Masjid Kristal yang terletak di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, Kuala Terengganu memang tidak asing lagi kepada rakyat Malaysia lebih-lebih lagi rakyat Negeri Terengganu. Sementara berbuka puasa ni sempatlah bawa anak-anak berjalan-jalan di sekitar Masjid Kristal. Makulumlah, nak bagi anak enjoy sikit, tak rasa lapar sangat sebab berpuasa.

Jumaat, 28 Ogos 2009

Derma Darah







Program derma darah anjuran Hospital Nur Zahirah Kuala Terengganu telah diadakan di Masjid Jamek Pengadang Baru, Kuala Terengganu pada 28.8.2009 (7 Ramadhan 1430 H) , Jumaat, selepas Solat Terawih. Ramai juga yang datang derma. Jadi bulan puasa ni bukan derma duit, derma beras je ada, derma darah pun ada. Maklumlah bulan ni digalakkan bersedekah.
Selain daripada menjadi tempat solat, masjid ini juga aktif dengan berbagai-bagai aktiviti. Boleh dikatakan tiap-tiap hari adanya aktiviti seperti kuliah subuh, kuliah lepas Maghrib, ceramah-ceramah, kelas Fardu Ain untuk kanak-kanak dan dewasa, street soccer untuk pemuda-pemuda dan lain-lain. Kalau di bulan Ramadhan sampai penuh masjid dikunjungi ahli jemaah untuk bersolat Terawih.

Jalan-Jalan ke Putrajaya













Kalau dah sampai ke KL tu, terus ke Putrajaya. Pergi rumah member isteri. Maklumlah lama tak jumpa sejak zaman sekolah dulu-dulu. Sambil-sambil tu gi ambik gambar kawasan sekitarnya.