Selasa, 30 November 2010

Muzium Kuala Terengganu





Cuti sekolah, ke Muzium Negeri Terenganu. Tengok-tengok bahan sejarah. Kebetulan ada Pameran Ular Berbisa. Sempat juga bergambar dengan ular tedung selar (King Cobra). Besarnya takyah nak cerita. Pegang pun campur takut juga sebenarnya. Walaupun jinak tapi kena berjaga-jaga juga sebab binatang kita tak tahu bila dia nak marah. Silap-silap haribulan dia ngap, ke hospital la jawabnya.

Pantai Jambu Bongkok

Tengok mata kucing. Stim kena gosok
Tengok mata Irsyad. Stim dapat gosok kucing
Cuti sekolah bawa anak jalan-jalan ke pantai Jambu Bongkok dekat Rantau Abang selepas menghadiri majlis perkahwinan anak sepupu isteri di Dungun.