Jumaat, 10 Oktober 2008

Gotong Royong



Semangat gotong royong yang ditunjukkan oleh penduduk Kg Binjai Bongkok, Bukit Payong boleh dibanggakan. Kira-kira 50 orang kampung memberi kerja sama menyiapkan jamuan perkahwinan anak saudara. Apa yang menarik dua ekor kerbau disembelih lebih kurang pukul 6.30 pagi. Kemudian terus dipotong untuk dimasak gulai. Cara mereka potong pun mudah tak susah. Daging disangkut pada paku yang dipasang pada papan panjang. Masing-masing duduk di kerusi je untuk potong daging. Dengan kehadiran yang ramai tidak sampai 3 jam semua sudah beres. Pukul 11.00 pagi sudah boleh dimakan. Kalau dulu-dulu seingat saya, esok nak diadakan kenduri malam tu dah disembelih lembu atau kerbau. Lepas siap dipotong, besok pagi barulah dibasuh dan dimasak.
Kaedah yang dilakukan oleh penduduk Kg Binjai Bongkok boleh dijadikan contoh. Bagaimana mereka boleh lakukan dengan cepat. Begini caranya. Apabila daging siap dipotong lebih kurang satu bakul, mereka terus basuh dan masak dahulu. Jadi tidak perlu tunggu sehingga habis semua dipotong. Jadi mereka masak sikit-sikit. Dengan cara ini daging sentiasa dalam keadaan panas. Kalau orang datang lewat pun masih dapat makan daging panas. Semoga adat bergotong royong ini dapat dipraktikkan dalam masyarakat kita.

Tiada ulasan: