Mata pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu
Kelas
:
2 B1
Tarikh
:
Tajuk
:
Masakan
Sub Topik
:
Penyediaan dan Penyajian Hidangan
Bidang Pembelajaran
:
Teras : Reka Bentuk dan Teknologi
Hasil Pembelajaran
:
Diakhir proses p&p diharapkan pelajar dapat:
1. menyatakan makna hidangan sepinggan lengkap
2. menyatakan sekurang-kurangnya 5 contoh makanan hidangan sepinggan lengkap cara timur, barat dan makanan budaya setempat.
Masa
:
70 minit
Pengetahuan Sedia Ada
:
Mengetahui jenis-jenis makanan yang biasa dimakan atau tidak.Mengetahui penggunaan MsWord dan MsPowerPoint semasa di Tingkatan 1 subjek ICT.
Penerapan Nilai
:
Mengetahui kepelbagaian masakan yang terdapat di dunia ini dan cara penyediaannya
BBM
:
MP3 lagu CINTA SATAY, perisian MsPowerpoint dan MsWord.
Pendekatan
Pembelajaran Berpusatkan Murid.
Pembelajaran Berbantukan teknologi.
Pembelajaran Berasaskan otak.
Pembelajaran Berfikrah.
Langkah
Kandungan
Aktiviti P&P
Elemen Bestari
Set Induksi
(5 minit)
Pengenalan kepada Lagu Satay.
Guru memainkan lagu CINTA SATAY nyanyian kumpulan Senario.
Guru meminta murid mencari nama dan penyanyi lagu tersebut daripada internet.
Muzikal
TMK
Langkah 1
(10 minit)
Penerangan tentang projek ’ Penyediaan dan Penyajian Makanan’.
Guru menjuruskan pemikiran murid ke arah tajuk melalui teknik penyoalan :Cth :
Apa yang anda tahu tentang SATAY?
Bagaimana cara menyediakan satay?
Guru menerangkan didalam projek ini pelajar memainkan peranan sebagai Chef. Tugas mereka adalah untuk menyedarkan orang ramai kepentingan menjaga kesihatan diri dan keluarga dengan menyediakan makanan yang mempunyai nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan untuk membekalkan tenaga, membantu pertumbuhan, memperbaiki tisu-tisu yang rosak dan sebagainya.
KG: Penyoalan
SP: Konteks Luar
Langkah 2
(20 minit)
Perbincangan Makna Hidangan Sepinggan Lengkap
Guru memulakan perbincangan dengan menggunakan MsPowerPoint pengertian Hidangan Sepinggan Lengkap dan menayangkan movie.Soalan : Berpandukan movie tersebut sila senaraikan makanan yang ditayangkan dan tandakan makanan yang termasuk dalam hidangan sepinggan lengkap.
Perbincangan secara kelas dimana guru meminta pelajar menulis jawapan tersebut menggunakan MsWord.
TMK
KG: Penyoalan
KG: TMK
Langkah 3
(30 minit)
Perbincangan Tentang Penyediaan dan Penyajian Makanan
Guru menerang kan kepada murid tentang tugasan pertama.Pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan.
Kumpulan 1 ditugaskan mencari resipi berkaitan Hidangan Sepinggan Lengkap Cara Timur. Kumpulan 2 ditugaskan mencari resipi Hidangan Sepinggan Lengkap Cara Barat, dan Kumpulan 3 mencari resipi Hidangan Sepinggan Lengkap Budaya Setempat.Resipi yang diperolehi dipindahkan ke dalam MsWord menggunakan kaedah ”copy and paste”dan disimpan di dalam folder kumpulan masing-masing.
Setiap kumpulan menyediakan persembahan powerpoint mengenai hidangan sepinggan lengkap. Kandungan persembahan powerpoint dimulakan dengan menyenaraikan resipi-resipi yang diperolehi. Kemudian memilih salah satu resipi untuk menerangkan bahan-bahan dan kaedah penyediaan masakan tersebut. Pelajar hendaklah berbincang dengan guru tentang pemilihan resipi yang bersesuaian.
Untuk menjimatkan masa, 2 orang pelajar akan menyediakan MsPowerPoint dan empat orang akan mencari resipi.
Guru menyediakan fail sokongan untuk rujukan murid jika ada masalah capaian internet.
CP: Koperatif
KG:TMK
KG:TMK
CP: Koperatif
Penutup
(5 minit)
Rumusan P&P
Guru menyemak hasil kerja bersama pelajar.
Guru mengarahkan pelajar menyimpan hasil kerja di dalam folder masing-masing.
KG: Kemahiran Mentaksir dan Menilai.
KG: TMK
1 ulasan:
pakdin ni cikgu ka>
Catat Ulasan