Sabtu, 20 September 2008

Aku Masih Solo

Kasihan anak saudara ku. Makan sorang-sorang. Masih solo, lepasan Kustem. Sekarang telah bekerja berkaitan program komputer

Bilik Siber

Ni lah anak-anak saudara ku. Sempat lagi main game sebelum berbuka puasa. Sebuah bilik di rumah abang dijadikan bilik siber untuk anak-anak. Jadi tak payah pergi CC. Kawalan pun mudah.

Majlis Berbuka Puasa






Pada 19 Ramadhan 1429 (19 September 2008) telah diadakan majlis berbuka puasa di rumah abang di Pengadang Baru. Boleh dikatakan semua anak beranak hadir kecuali tuan rumah yang kerja kat oversea dan yang bekerja serta belajar di KL. Mungkin raya ni boleh buat sekali lagi kerana semua balik kampung.

Isnin, 15 September 2008

Amboi Jinaknya


Bang, mintak sikit boleh? Gitulah agaknya anak harimau belang mintak apa yang tuan dia makan. Gambar ini dirakam di rumah kakak di Gong Badak.
Seronok jugak kalau binatang liar lagi garang dapat dibelai macam kucing. Tapi kalau time makan yang berat sikit, kerana binatang tu bukan macam kucing makan jugak nasi campur ikan. Dia ni kalau tak daging kebulurlah dia. Silap-silap kalau terlampau lapar, silap-silap NGAP tuan sendiri...

Ahad, 14 September 2008

Nasi Dagang Terengganu

Bahan-Bahan: Bahan-Bahan Untuk Membuat Nasi Dagang

3 Cawan Beras Siam
1 Cawan Beras Pulut
2 Cawan Santan Cair
2 Cawan Santan Pekat
4 Ulas Bawang Merah(dihiris halus)
1 Inci Halia(dihiris halus)
Sedikit Alba
Garam Secukup Rasa
Bahan-Bahan Untuk Membuat Kuah Nasi Dagang Terengganu

1 Ekor Ikan Tongkol(dikukus)
1 Mangkuk Santan
2 Sudu Besar Rempah
10 Ulas Bawang Merah}
1 Ulas Bawang Putih }
½ Inci Halia } Dikisar
½ Inci Lengkuas }
3 Keping Asam
5 Sudu Besar Cili Giling
Sedikit Cili Padi
Garam,Perasa Ajinomoto dan Manisan(Gula Melaka) Secukup Rasa
Cara: Cara-cara Membuat Nasi Dagang:

Beras dan beras pulut yang telah direndam selama 6 jam ditoskan dan kemudian dikukus selama 1/2 jam.Angkat dan masukkan santan cair serta digaul rata dan dikukus sekali lagi hingga masak.Angkat dan masukkan santan pekat,alba,bawang merah,halia dan garam secukup rasa.Bahan-bahan ini kemudiannya digaul rata.Nasi Dagang Terengganu sudah siap dimasak dan sedia dimakan.

Cara-cara Membuat Kuah Nasi Dagang Terengganu:

Kacau santan hingga mendidih.Kemudian masukkan cili giling,bahan-bahan yang dikisar,rempah dan asam keping.Kemudian,masukkan ikan yang telah dikukus serta cili padi.Biarkan ia mendidih dengan api yang perlahan.Kemudian,masukkan garam,perasa Ajinomoto dan manisan secukup rasa.Biarkan kuah itu menjadi agak pekat.Kemudian,kuah sedia dimakan bersama-sama dengan Nasi Dagang Terengganu
Cadangan Hidangan: Hidangan ini boleh dihidangkan untuk 8 orang Tambahan: 1.Lebih menyelerakan dimakan bersama dengan acar timun
2.Bagi mereka yang tidak makan ikan tongkol,mereka boleh menggantikan ikan kembung
3.Gulai ayam dan gulai daging juga boleh dimakan bersama-sama dengan Nasi Dagang Terengganu

Solat Jumaat Di Masjid Jamek Pengadang Baru




Beginilah keadaan kehadiran ahli jemaah setiap kali hari Jumaat. Masjid Jamek Pengadang Baru, Kuala Terengganu merupakan salah sebuah masjid yang dibina zaman pemerintahan PAS 2001-2004. Walaupun masjid ini boleh menampung ahli jemaah seramai 2500 orang, tetapi kehadiran penduduk dari kampung berdekatan yang lebih gemar mendengar khutbah yang disampaikan, menyebabkan ruang dalam masjid tidak dapat menampung dan ada yang terpaksa solat di luar. Merupakan sebuah masjid yang makmur di daerah Kuala Terengganu. Setiap malam diadakan kuliah maghrib. Tidak kurang daripada 300 orang yang hadir. Begitu juga tiap-tiap pagi diadakan kuliah subuh.

Majlis Berbuka Puasa






Hari ni Sabtu 13 Ramadhan 1429 (13.9.2008), telah diadakan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu. 2 ekor lembu telah disembelih. Ribuan terima kasih kepada yang hadir untuk menjayakan majlis tersebut. Kehadiran lebih kurang 1000 orang.