Selasa, 24 Mac 2009

Taman Pertanian Sekayu






Taman Pertanian Sekayu yang terletak bersebelahan dengan Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang, Hulu Terengganu merupakan kawasan rekreasi yang tidak asing lagi di Terengganu.
Taman ini terletak kira-kira 52 kilometer dari Kuala Terengganu dan 15 kilometer dari Kuala Berang. Taman Pertanian Sekayu merupakan taman pertanian terbesar dengan keluasan kira-kira 93 hektar. Pelbagai taman terdapat di Taman Pertanian Sekayu seperti Taman Orkid, Taman Buah-buahan atau Taman Eksotika, Taman Permainan Kanak-kanak dan Taman Rekreasi.
Di Taman Orkid, terdapat beberapa spesies baru yang ditanam termasuk dari jenis dendrodium, vanada, aranda dan catleya. Manakala di Taman Buah-buahan dan Taman Eksotika yang berkeluasan kira-kira 26 hektar terdapat pokok durian, duku, dokong, manggis dan rambutan. Orang ramai yang berkunjung ke sini dibenarkan memetik sendiri buah-buahan dalam taman ini untuk dimakan. Pengunjung perlu membayar mengikut harga tertentu selepas menikmati buah-buahan tersebut.
Mungkin ramai yang tidak tahu, selain kemudahan chalet, perkhemahan, tempat berkursus, kawasan perkelahan, taman ini juga mempunyai dua buah kolam buatan dengan gelungsur yang dibuka pada hari Jumaat dan Sabtu yang boleh digunakan secara percuma.

Tiada ulasan: