Jumaat, 10 Oktober 2008

Gotong Royong



Semangat gotong royong yang ditunjukkan oleh penduduk Kg Binjai Bongkok, Bukit Payong boleh dibanggakan. Kira-kira 50 orang kampung memberi kerja sama menyiapkan jamuan perkahwinan anak saudara. Apa yang menarik dua ekor kerbau disembelih lebih kurang pukul 6.30 pagi. Kemudian terus dipotong untuk dimasak gulai. Cara mereka potong pun mudah tak susah. Daging disangkut pada paku yang dipasang pada papan panjang. Masing-masing duduk di kerusi je untuk potong daging. Dengan kehadiran yang ramai tidak sampai 3 jam semua sudah beres. Pukul 11.00 pagi sudah boleh dimakan. Kalau dulu-dulu seingat saya, esok nak diadakan kenduri malam tu dah disembelih lembu atau kerbau. Lepas siap dipotong, besok pagi barulah dibasuh dan dimasak.
Kaedah yang dilakukan oleh penduduk Kg Binjai Bongkok boleh dijadikan contoh. Bagaimana mereka boleh lakukan dengan cepat. Begini caranya. Apabila daging siap dipotong lebih kurang satu bakul, mereka terus basuh dan masak dahulu. Jadi tidak perlu tunggu sehingga habis semua dipotong. Jadi mereka masak sikit-sikit. Dengan cara ini daging sentiasa dalam keadaan panas. Kalau orang datang lewat pun masih dapat makan daging panas. Semoga adat bergotong royong ini dapat dipraktikkan dalam masyarakat kita.

Suasana Romantik


Rumah terbuka di rumah abang terpaksa menggunakan lilin kerana tiba-tiba je lebih kurang pukul 8.30 malam blackout. Menurut cerita kabel berdekatan dengan rumahnya terbakar. Mungkin overload agaknya. Jadi tetamu yang datang terpaksalah makan dibawah kilauan cahaya lilin. Agak romantik jugaklah. Maklumlah makan dalam gelap. Agak-agaknya ada yang tersalah ambik makanan. Kalau dah tersilap ambik ke apa ke, hentam sajalah.

Sahabat Lama

Pertemuan sahabat lama di rumah abang sempena rumah terbuka. Mereka ni pernah belajar di UKM Sabah tak silap tahun 1981. Bermakna dah 27 tahun sudah berlalu, tetapi mereka masih bersama walaupun profesion berbeza. Tepi sebelah kiri En. Suhaimi bekerja dengan Syarikat Air Terengganu (SATU), Tn. Hj. Maarof bekerja dengan MTD yang sekarang ini sedang rancak menyiapkan Lebuh Raya Pantai Timur dan abang aku bekerja dengan Qatar Petroleum. Apabila ada sambutan hari raya beginilah baru ada peluang untuk bertemu.

Khamis, 2 Oktober 2008

Keluarga Ku

Hari ini 2 Syawal 1429 (2 Oktober 2008) merupakan hari bersejarah kerana semua ahli keluargaku seramai 46 orang dapat berkumpul di rumah kakak. Kebetulan kakak membuat open house. Selepas makan nasi dagang diadakan sesi penggambaran lebih kurang pukul 10.00 pagi. Cuba cari siapakah agaknya yang paling serius dan siapa yang paling ganjil selain aku.

Rabu, 1 Oktober 2008

Bandingkan


Bandingkan kedua-dua gambar di atas. Gambar hitam putih diambil pada Hari Raya Aidil Fitri 1969 bersama abang ketika ini aku berusia 4 tahun. Gambar bawah ialah anak-anak ku diambil pada Hari Raya Aidil Fitri 2008. Seorang berumur 4 tahun dan 2 tahun (anak ke 4 dan ke 5).

Malam Raya Idil Fitri 1429 (2008)















Biasanya kalau besok raya, ada je macam-macam barang yang tak cukup. Baju Melayu butang belum beli lagi. Kadang-kadang gula, teh, garam, halia, lengkuas terlupa beli. Biasanya benda-benda kecil yang kurang diberi perhatian.
Begitu juga dengan anak saudara ku ini, dah lah waktu malam hujan pulak, terpaksa pula ambik serai. Agaknya nak buat rendang terlupa nak ambik waktu siang hari. Kesian...

Sabtu, 27 September 2008

Anak Ku Yang ke 6


Alhamdulillah. Isteriku selamat melahirkan anak yang ke 6 pada hari Ahad 21.9.2008 (21 Ramadhan 1429) jam 6.25 pagi di HNZ. Dapat sorang lagi anak lelaki menjadikan 3 orang.
Semuanya ketetapan Allah. Anak 1,2, dan 3 perempuan, anak 4, 5 dan 6 lelaki.