Selasa, 24 Mac 2009

Taman Pertanian Sekayu






Taman Pertanian Sekayu yang terletak bersebelahan dengan Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang, Hulu Terengganu merupakan kawasan rekreasi yang tidak asing lagi di Terengganu.
Taman ini terletak kira-kira 52 kilometer dari Kuala Terengganu dan 15 kilometer dari Kuala Berang. Taman Pertanian Sekayu merupakan taman pertanian terbesar dengan keluasan kira-kira 93 hektar. Pelbagai taman terdapat di Taman Pertanian Sekayu seperti Taman Orkid, Taman Buah-buahan atau Taman Eksotika, Taman Permainan Kanak-kanak dan Taman Rekreasi.
Di Taman Orkid, terdapat beberapa spesies baru yang ditanam termasuk dari jenis dendrodium, vanada, aranda dan catleya. Manakala di Taman Buah-buahan dan Taman Eksotika yang berkeluasan kira-kira 26 hektar terdapat pokok durian, duku, dokong, manggis dan rambutan. Orang ramai yang berkunjung ke sini dibenarkan memetik sendiri buah-buahan dalam taman ini untuk dimakan. Pengunjung perlu membayar mengikut harga tertentu selepas menikmati buah-buahan tersebut.
Mungkin ramai yang tidak tahu, selain kemudahan chalet, perkhemahan, tempat berkursus, kawasan perkelahan, taman ini juga mempunyai dua buah kolam buatan dengan gelungsur yang dibuka pada hari Jumaat dan Sabtu yang boleh digunakan secara percuma.

Selasa, 17 Februari 2009

Dah 5 Bulan


Anak ku yang ke 6.
Tup-tup dah 5 bulan umurnya. Sekarang baru pandai meniarap. Tak lama lagi bolehlah merangkak agaknya. Tak sabar nak tengok boleh berjalan. Kalau dah pandai berjalan letih sikitlah, sebab nak kena tengok kot-kot terjatuh ke, tertarik barang-barang ke dan sebagainya. Maklumlah kawasan rondaan dah makin luas.

Isnin, 5 Januari 2009

Bantah Keganasan Israil Ke atas Palestin





Klik gambar untuk pembesaran

Selepas Solat Jumaat , 2.1.2009, depan Masjid Jamek Pengadang Baru, Kuala Terengganu. Berapa ramai? Kira sendirilah..........tak berani nak kata berapa ramai. Sebab ada yang kata lebih kurang 5000 orang.

Lembu Dan Biri-Biri

Pernahkah anda melihat seperti di dalam gambar di atas? Gambar ini diambil di kawasan Masjid Jamek Pengadang Baru, KualaTerengganu. Apa yang anehnya? Mungkin tak aneh, tapi jarang-jarang kita boleh lihat bagaimana dua jenis haiwan yang berbeza boleh berbaik dan bersama.
Menurut penduduk sekitar masjid ini, kambing biri-biri ini suka berkawan dengan lembu sejak dari kecil. Mungkin dia anggap lembu itu sebagai ibunya, padahal lembu itu memang ada anak yang sama besar dengan kambing biri-biri ini. Kemana saja lembu itu pergi dia pasti mengikutnya.
Itulah kuasa Tuhan, walaupun berlainan jenis tapi tiada rasa permusuhan, boleh hidup dan cari makan bersama. Saya pernah terlihat sekawan beruk dan sekawan kera boleh berkawan, berbaik, membahagi-bahagikan makanan antara mereka. Ini bukannya yang dipelihara. Sesiapa yang selalu berulang alik antara Mersing dan Kota Tinggi, kira-kira 20 km nak sampai ke Kota Tinggi boleh menyaksikannya ditepi jalan tersebut. Padahal binatang ni walaupun sama jenis tetapi dari kumpulan berbeza boleh berkelahi.
Kalau binatang yang tidak berakal boleh berbaik..............bagaimana dengan manusia?

Isnin, 8 Disember 2008

Hari Raya Aidil Adha 1429 H

Cara bagaimana nak tumbangkan lembu untuk disembelih sempena Hari Raya Qurban.