Selasa, 4 November 2008

Kuda Sokmo




Kuda sokmo dalam loghat Terengganu bermakna kuda sentiasa. Macam-macam proram berkaitan dengan kuda diadakan. Antaranya pameran kereta kuda, pertandingan meladam kuda (buat kasut kuda), pertandingan equestrian, dressage, pameran baka kuda, tarian aerobik, persembahan badut lawak jenaka, pertandingan mewarna, pertunjukan silap mata & patung boneka, pertandingan meringkik suara kuda (buat bunyi suara kuda), kuiz kuda, mencari harta karun, pertandingan makan keropok lekor/pop corn, pertandingan Vico tarik, pertandingan reka kuda dengan plastisin, pertunjukan makan api, menaiki kereta kuda, dan menunggang poni. Selain dari itu ada satu pertandingan menghias patung kuda yang disertai oleh 10 buah sekolah menengah. Sekolah yang menyertai pertandingan diberi masa lebih kurang 2 minggu untuk mewarna sebelum dibawa ke TER untuk dipertandingkan.
Minggu ini merupakan minggu yang penuh dengan aktiviti di Negeri Terengganu. Tapi sayang acara-acara ini dibuat sebelum cuti sekolah. Kalau semasa cuti sekolah tentu ramai orang-orang luar yang akan datang ke Terengganu.
1. Pertunjukan Kuda Kebangsaan 31.10.2008 - 2.11.2008 di Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai.
2. Pertandingan Golf Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia 31.10.2008 - 2.11.2008 di Tuanku Mizan Golf Resort, Kuala Ibai.
3. Minggu Sains dan Teknologi 31.10.2008 - 2.11.2008 di Terengganu Trade Centre (TTC), Padang Hiliran.
4. FEI World Endurance Championships (Pertandingan Kuda Lasak) 5.11.2008 -9.11.2008 di Lembah Bidong, Setiu.

Tiada ulasan: