Isnin, 17 November 2008

Street Soccer Masjid Pengadang Baru, K.Trg



Baru-baru ini pada 15 November 2008 (Jumaat) telah diadakan pertandingan Street Soccer di perkarangan Masjid Jamek Pengadang Baru, Kuala Terengganu. Acara ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan. Sekiranya anda melalui jalan dari Kuala Berang ke Kuala Terengganu, anda dapat melihat ramai remaja bermain bola setiap petang. Pihak masjid memang menggalakkan remaja menggunakan kawasan masjid untuk riadah.
Masjid Jamek Pengadang Baru memang terkenal dengan jumlah pengunjung atau ahli jemaah yang ramai datang bersolat, lebih-lebih lagi waktu Maghrib dan Isyak. Setiap malam selepas solat Maghrib dan selepas Subuh diadakan kuliah agama oleh ustaz yang tidak asing lagi di Daerah Kuala Terengganu, seperti Ustaz Azhar, Ustaz Ismail Che Dagang, Ustaz Ahmad Awang, Ustaz Mustaffa Kamal, Ustaz Mohd Nor, Ustaz Baharuddin (Pengerusi Masjid), Ustaz Kamal Ali, Ustaz Wan Mohd Zuki dan lain-lain. Malam yang paling ramai ahli jemaah ialah hari Khamis malam Jumaat, hari Jumaat malam Sabtu, hari Ahad malam Isnin dan hari Rabu malam Khamis.
Kalau tak caya marilah. Sekarang ni pun musim cuti sekolah bolehlah lapangkan masa.

Tiada ulasan: